• c0c7fa5758cf0f98e20c1866dd81c2e6
  • cf821408726dc332e42c60ce7479c85a
  • 732b1497b45fac13c6424529ebbd808d
1

Kitab Sifat 20 Beserta Rukun Islam & Rukun Iman | Buku Agama

Regular price
RM 7.00
Sale price
RM 7.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Jabal Maraqy Sdn Bhd
Worldwide shipping
Secure payments | Jabal Maraqy Sdn Bhd
Secure payments
Authentic products | Jabal Maraqy Sdn Bhd
Authentic products
Kitab kecil ini dikarang oleh Syeikh Uthman bin Abdullah bin Yahya Al-Batawi, Mufti Batawi, Indonesia, di Zaman Belanda.
Ketika di dalam negeri, beliau berguru dengan beberapa orang ulama termasuk bapanya, kemudian melanjutkan pengajiannya ke Mekah dan berguru dengan Sayed Ahmad Zaini Dahlan Mufti Mekah, selama tujuh tahun. Dan pada tahun 1848M beliau pergi ke Hadramaut dan berguru dengan beberapa orang guru di sana, antaranya; Syeikh Abdullah bin Husein bin Tahir, Habib Abdullah bin Umar bin Yahya, Habib Alwi bin Saggaf Al-Jufri dan Habib Hasan bin Saleh Al-Bahr. Kemudian berangkat ke Mesir sempat belajar lapan bulan, kemudian ke Tunis, Al-Jazair, Istanbul, Persia, Syria dan lain-lain negara.
Beliau telah mengarang kira-kira seratus judul kitab kecil dan besar, termasuk Kitab Sifat Dua Puluh ini. Kandungan kitab ini meliputi rukun iman, rukun Islam, hukum akal, hukum syare’i dan hukum adat, dan sifat dua puluh dan sifat para nabi dan rasul a.s.w.s.
Dan lagi kitab ini menyentuh tentang pengertian dan kandungan kalimahلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ, dan sifat istighna’ Allah Taala dan sifat iftiqar makhluk kepadaNya.
Dan seterusnya ia menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan kitab-kitab dan suhuf-suhuf yang diturunkan, para malaikat, rasul-rasul dan nabi-nabi a.s.w.s, para isteri dan anak cucu nabi s.a.w.
Dan dengan sebab itu, kitab ini sesuai dipelajari oleh pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah dan orang-orang awam yang baru belajar.